Kehidupan rupanya tidak seindah dan semudah yang disangka dan dibayang.
Hidup ini penuh liku misteri, penuh dengan adegan yang tak tercapai diakal, penuh kejutan!
Yang pasti setiap perjalanan yang dilalui adalah ketentuan yang sudah termaktub di luh mahfuz
Dan kerna ini ku percaya bahawa ketentuan yang telah disediakan adalah terbaik bagi setiap individu dan hakikatnya lebih indah dari apa yang dibayangkan. DIA-lah sebaik-baik perancang.
Beriman pada Qada' dan Qadar
Namun demikian, jangan pula berhenti berharap dan berusaha. Kerna kita hamba yang taat. Inilah ujian penilaian iman!
Setiap apa diusahakan sudah tentu akan ada ganjarannya. Mungkin disini atau disana.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment