Hidup adalah sebuah keterpaksaan dan pengorbanan. Setiap keterpaksaan memerlukan pengorbanan semata-mata untuk meneruskan kehidupan. Ku lihat manusia itu belajar.. dalam keterpaksaan mereka menimba ilmu..dalam sakit payah kesusahan menimba ilmu, masa dikorbankan. Kemudian ku lihat manusia berpusu-pusu mengejar harta.. dari jauh ku lihat seolah ia sebuah kenikmatan, bila ku dekati.. ternyata ialah sebuah keterpaksaan. Kudrat dan tenaga dikorbankan demi memenuhi kelangsungan hidup dan tanggungjawab. Di sebelah sana sebuah mahligai indah.. kulihat pasangan sedang bergembira, hilai tawa memenuhi sebuah majlis pernikahan.. ku fikir ianya sebuah nikmat besar. Namun bila ku selami ternyata ianya sebuah keterpaksaan. Mereka bertanya lalu bilakah akan ketemu jodoh.. maka dikorbankan lah sebuah kehidupan.
Jimi Socrates: The Journals of Miscellaneous
Ideas may not always true.
Monday, 17 April 2017
Wednesday, 19 October 2016
Darihal keluar U jual nasi lemak
Kebelakangan ini banyak viral di FB mahupun di media sosial yang lain bercakap tentang Nasi Lemak Anak Dara! Ya, memang cantik orangnya. Tidak hairan semua orang memuji. Sebelum ni heboh juga berkenaan nasi lemak spiderman dan banyak lagi kisah penjual nasi lemak. Rata-rata penjaja pagi di sekitar Lembah Kelang menjual nasi lemak.
Mungkin ramai yang tidak tahu, kebanyakan penjaja terutamanya yang muda mudi sebenarnya penjaja bergraduan. Mungkin di zaman yang mendesak ini sukar untuk mendapat pekerjaan yang tetap, menjual nasi lemak menjadi pilihan utama. Namun, ada juga yang sudah mendapat tawaran untuk bekerja dalam bidang kelulusan tetapi menolak dan memilih kerjaya menjual nasi lemak. Dikatakan ia lebih untung. Ramai yang memuji tindakan itu. Namun perkembangan ini juga bukanlah perkembangan yang baik.
Menjual nasi lemak itu memang pekerjaan yang mulia, namun yang menjadi persoalannya; kenapa belajar bersusah payah di universiti akhirnya menjadi penjual nasi lemak? Kan lagi bagus lepas SPM terus jual nasi lemak. Mentaliti ini terlalu simplistik dan tidak mempunyai cita-cita tinggi. Maaf, bukan menghina perkerjaan itu tetapi perbuatan mensia-siakan ilmu yang dipelajari di peringkat tinggi itu lebih hina! Maaf sekali lagi.
Sedar atau tidak, ramai yang menyambung pelajaran ke universiti kerana niatnya hanya sekadar untuk merasa gah punya ijazah. Ada juga untuk bersosial dan mencari jodoh. Hakikatnya menyambung pelajaran di peringkat tertinggi itu adalah untuk mendalami ilmu sesuatu bidang (kerana Allah). Ini fardu kifayah! Jika bukan ini niat kita, seolah-olah kita telah mengabaikan salah satu dari kewajiban kita.
Setelah tamat, sebaik-baiknya gunakanlah ilmu yang dipelajari itu untuk dikhidmatkan kembali kepada masyarakat. Barulah ilmu yang ada pada kita dan tiada pada orang lain itu tidak disia-siakan. Namun kalau kita sudah cuba untuk bekerja bidang yang kita pilih itu tetapi tidak berjaya atau dirasakan tidak sesuai dengan kebolehan dan minat kita, tak boleh buat apalah. Teruskanlah mencari rezeki dengan apa jua cara yang halal. Rezeki ini milik Allah.
Wallahua'lam.

Monday, 17 October 2016
Idealism dari perspektif rukun iman ke-6
Kehidupan rupanya tidak seindah dan semudah yang disangka dan dibayang.
Hidup ini penuh liku misteri, penuh dengan adegan yang tak tercapai diakal, penuh kejutan!
Yang pasti setiap perjalanan yang dilalui adalah ketentuan yang sudah termaktub di luh mahfuz
Dan kerna ini ku percaya bahawa ketentuan yang telah disediakan adalah terbaik bagi setiap individu dan hakikatnya lebih indah dari apa yang dibayangkan. DIA-lah sebaik-baik perancang.
Beriman pada Qada' dan Qadar
Namun demikian, jangan pula berhenti berharap dan berusaha. Kerna kita hamba yang taat. Inilah ujian penilaian iman!
Setiap apa diusahakan sudah tentu akan ada ganjarannya. Mungkin disini atau disana.
Wassalam.

Subscribe to:
Comments (Atom)